1. Kelas permulaan Memilih profession Jika anda baru bermain, pertama sekali anda perlu memilih profession yang bersesuaian dengan anda. Satu akaun dibenarkan mempunyai satu karakter di dalam satu server. Pada masa ini terdapat 3 jenis profession iaitu: Warrior, Mage dan Paladin (Paladin masih belum boleh diguna). Warriors mempunyai kuasa serangan dan pertahanan, manakala mage mahir menggunakan kuasa magik. Mencari Mentor yang terbaik Sebagai pemain baru, adalah dinasihatkan anda mencari seorang mentor. Ini adalah kerana untuk memudahkan anda memahami dan mempercepatkan proses anda menaikkan tahap. Setiap pemain baru boleh pergi ke ‘Beginner Guild' (Cronus city 275, 380) untuk memeriksa maklumat mentor yang online dan membuat pilihan. Selepas mempunyai mentor, anda boleh mendapat experience lebih daripada biasa dan jika anda berada di dalam kumpulan yang sama peratus akan meningkat. Oleh itu anda perlu memeriksa dan berhati-hati di dalam membuat keputusan supaya memastikan anda mendapat mentor yang terbaik. Permulaan yang sempurna Selepas anda mencipta karakter dan masuk ke dalam permainan, pekara pertama yang anda perlu buat ialah klik pada butang ‘Option' dan tanda ‘Show name' dibawah bahagian ‘Graphics'. Barang dan duit yang tinggal oleh raksasa akan jatuh di atas tanah. Dan selalunya, ada pemain yang lupa mengambil barang atau duit yang ditinggalkan. Apabila pilihan ‘Show Name' diaktifkan, anda akan dapat lihat semua nama raksasa, NPC, duit dan barang yang berada di atas tanah tanpa meletakkan tetikus di atasnya. Langkah seterusnya anda boleh klik pada butang ketiga di dalam ‘Tool box' untuk membuka antaramuka jin. Jin adalah karakter kedua terpenting di dalam Jin Online dan anda jangan salah anggap ianya adalah binatang peliharaan. Setiap pemain baru akan mendapat dua biji telur. Klik pada telur dan anda boleh melihat mereka di dalam senarai jin. Menyeru jin ada dengan klik butang "sum". Fungsi utama di dalam Jin Online boleh diaktifkan melalui ‘tool box' yang berada di bahagian bawah skrin. Terdapat dua panel ‘hotkey' di dalam ‘tool box'. Bahagian panel kiri adalah untuk potion dan skrol (kekunci 1-5). Panel kanan pula adalah untuk Skill (F1-F7) dan sebelah slot F7 adalah berkait rapat dengan butang kanan tetikus anda. Sebagai contoh, jika anda adalah mage anda boleh membuka tetingkap skill dan tarik ikon ‘Windbeats' ke dalamnya dan aktifkan melalui klik kanan. Jika anda mempunyai perasaan ingin tahu kelengkapan yang dipakai pemain lain. Klik ikon ‘kanta pembesar' untuk memeriksa kelengkapan dan jin yang ada. |